Sunday, May 21, 2017

Hubungi


Bukan Betul tour Sdn Bhd
15c,Jalan jalan,Bukit Mertajam,
Pulau pinang,
Malaysia

No Tel:04-123465/01912345

Email:Bukanbetul@gmail.com


Cawangan Penang
11-1 Jalan Kemari 4,
13200,Kepala Batas
Pulau Pinang,Malaysia

No Tel:019-23232323

Cawangann Perak
No 18A,Jalan Bougainvillea A/3
Bandar Seri Botani,31350 Ipoh
Perak,Malaysia

No Tel:013-5079000

Wednesday, May 17, 2017

TEMPAT PENGINAPAN MENARIK


Hotel 5 bintang di Pulau Pinang (Penang) berikut ini menawarkan harga yang berbeza-beza, namun tetap yang namanya hotel mewah 5 bintang pastinya harga nya jauh lebih mahal daripada hotel murah 1 bintang atau 2 bintang di Penang. Begitu pula dengan hotel 5 bintang yang ada di Pulau Pinang. Harga yang paling murah yang ditawarkan oleh hotel 5 bintang di Penang boleh anda dapatkan dengan bajet RM200. Itupun hanya ada 2 hotel yang menawarkan harga bilik di lingkungan RM200 iaitu Evergreen Laurel Hotel dan The Light Hotel Seberang Jaya. Selebihnya, hotel 5 bintang di Penang menawarkan harga bilik di atas RM300.

Dengan harga yang mewah tersebut, tentu kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh hotel 5 bintang di Penang ini tak boleh diragukan lagi. Terbukti semua hotel 5 bintang di bawah ini sudah banyak mendapat ulasan positif daripada para tetamu. Semua tetamu yang sudah pernah singgah di hotel 5 bintang berikut merasa puas dan selesa akan perkhidmatan hotel.

Aktiviti - aktiviti Menarik Pulau Pinang

1.MENDAKI BUKIT CHEROK TOKKUN
Walaupun Pinang ialah antara negeri kedua terkecil di pulau pinang tetapi bukit Cherok tokkun tetap menjadi tumpuan para pendaki di seluruh Malaysia.Dalam tempoh pendakian me puncak bukit,pelbagai panorama menarik alamsemulajadi yang dapat dilihat seperti pohon hijau,air terjun, bunyi-bunyi burung berkicauwan dan pelbagai pengalaman menarik akan  dirasai apabila mendaki bukit ini.
2.BERKAYAK DI PULAU DUYUNG
Kayak ialah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik.Di Pulau pinang aktivti berkayak amat diminati oleh orang tempatan mahupun pelancong - pelancong yang datang ke Malaysia.


3.FLYING LEMUR DI ESCAPE THEME PARK.
Aktiviti ini sangat disukai oleh pengemar aktitivi sukan lasak di Malaysia.Aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang.Mana taknya dengan ketinggian 7 meter dari pasar tanahan akan membuatkan seseorang yang gayat mungkin akan fobia dengan aktiviti ini.Aktiviti sangat menyeronokkan untuk seseorang yang berusia 13 tahun hingga 50 tahun. Walaupun cubaan kali pertama menaiki flying lemur ini amat mengerunkan tetapi apabila sampai di bahagian bawah pasti kita akan terketar untuk                                                                                         mencuba lagi.


Tuesday, May 16, 2017

Makanan Menarik di Pulau pinang

Rojak Pasembor

Andai orang barat terkenal dengan hidangan salad, hidangan seakan ‘gado-gado’ ini tidak kurang hebatnya. Secara lazimnya, hidangan pasembor (juga dikenali sebagai pasembur atau ‘pasemboq’) disajikan dengan cucur udang rangup, telur, hirisan timun, sengkuang dan beberapa lagi aksesori lain seperti sosej, sotong goreng dan ketam berempah bersama kuah kacang. Hidangan ini mudah didapati di Persiaran Gurney, Padang Kota Lama dan tapak penjaja sekitar Jelutong.




Nasi Kandar

Sebut sahaja nasi kandar, E.L.F percaya pasti ada pembaca yang ketika ini sedang ‘meneguk air liur’. Perkataan ‘kandar’ sebanarnya diambil daripada amalan tradisi penjaja nasi dahulu kala yang mengandar periuk nasi dan lauk pauk pada sebatang kayu yang dibawa untuk dijual kepada pelanggannya. Memang tidak dinafikan, nasi kandar di Pulau Pinang sememangnya lebih ‘original’ dan sedap rasanya. Malah, ada yang kata nasi kandar boleh menyebabkan ketagihan dek kerana nasi, ayam goreng atau kuah kari kepala ikan yang enak.

Restoran Nasi Kandar Pilihan E.LF
(1) Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park
(2) Nasi Kandar Hameediyah
(3) Nasi Kandar Beratur (Liyaqat Ali)
(4) Nasi Kandar Kampung Melayu 
(5)  Nasi Kandar Kayu Original Bukit Jambul




Char Kuey Teow


Bagai sebuah kombinasi yang tak dapat dipisahkan, bila sebut sahaja mengenai ‘Char Kuey Teow’, pasti perkataan ‘Penang’ akan menjelma di belakangnya. Umumnya, ramuan yang digunakan pada hidangan ini hampir sama. 

Namun, seperti masakan tomyam, teknik memasak dan kuantiti bahan-bahan yang bakal memberikan identiti yang tersendiri pada hidangan ini. Antara yang famous di sana, Adam Char Koey Teow Permatang PauhChar Koey Teow Sungai Dua dan Mady Char Koey Teow Batu Feringghi.

Dikatakan, resipi asal hidangan Char Kuey Teow diperolehi dari tukang masak kaum Tiong Hua dari keturunan Hokien sekitar tahun 80-an. Kemudian, ianya mula diperkenalkan kepada masyarakat tempatan serta pelancong di Pulau Pinang.



Murtabak


Tentu jarang sekali kita dengar jika orang sanggup datang dari jauh hanya untuk membeli sekeping roti murtabak. Itulah penangan hidangan murtabak di Restoran Hameediyah yang terletak di No. 64, Lebuh Campbell, George Town. Restoran ini juga dikatakan sebagai satu-satunya restoran yang masih gah berdiri di Lebuh Campbell sejak dari tahun 1907. Buat anda yang ingin merasakan cita rasa murtabak yang original, jangan lepaskan peluang untuk ke sini suatu hari nanti.




Roti Canai
Selain nasi kandar, coti canai jufa menjadi menu utama di kedai mamak pada pagi hari.Roti canai juga kian hari telah menjadi satu kewajiban bagi golongan bujang yang belum berkahwin untuk bersarapan.Terdapat berbagai kuah yang boleh didapati di dalam setiap pesanan.Antara kuah roti canai yang menjadi kegilaan ramai ialah kuah dalcha , kuah kari , kuah kari daging.Selain dari kuah berasaskan rempah ratus, roti canai juga boleh di cicah dengan susu tin pekat,walaubagaimanapun kuah roti canai tersebut ia tetap menjadi pilihan seisi keluarga.

Monday, May 15, 2017

Tempat - Tempat menarik

 Muzium Wonderfood Penang

Tempat Menarik Di Penang
Antara tempat menarik di Penang ialah Muzium Wonderfood Penang. Disini, pelawat dapat melihat, belajar dan mendalami budaya makanan unik di bandar ini dengan paparan yang lebih besar daripada yang hidup hidangan Malaysia. Terletak dalam bangunan kolonial tahun 1940-an di Georgetown, muzium ini dibahagikan kepada tiga galeri dipanggil Zon Aktiviti , Zon Wow, dan Zon Pendidikan. Semua model hyper-realistik adalah buatan tangan oleh pemilik muzium, Sean Lao yang menggunakan teknik replikasi makanan dari Jepun.
Alamat:49, Lebuh Pantai, Georgetown, Penang
Masa Operasi:
Setiap Hari: 09:00am – 06:00pm
Harga:Warga Malaysia: Dewasa:RM15.00       Kanak-Kanak:RM10.00
Pelancong: Dewasa:RM25.00       Kanak-Kanak:RM15.00
Telefon: +604 251 9095


Masjid Kapitan Keling

 Tempat Menarik Di Penang
Masjid Kapitan Keling adalah masjid terbesar di Georgetown dan juga tempat menarik di Penang. Ianya kelihatan cantik ketika matahari terbenam. Ia dinamakan sempena ‘kapitan’ daripada Keling (pemimpin masyarakat India Selatan serupa dengan pemimpin masyarakat Cina), Cauder Mydin Merican. Masjid bercat putih mendahului dengan kubah besar kuning keemasan gaya Mughal, bulan sabit dan bintang dan mempunyai satu menara India Islam yang akan kedengaran bunyi azan.
Masjid Kapitan Keling sebesar 18 ekar tetapi kini merangkumi hanya lapan ekar sebagai tanah yang didakwa oleh pegawai-pegawai kerajaan untuk pembinaan jalan raya. Jika anda ingin melawat, pegawai-pegawai masjid akan mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran atau tidak. Pelawat hanya dibenarkan masuk jika mereka berpakaian sesuai: untuk wanita ini bermakna labuh seluar atau skirt dan baju dan lelaki berpakaian seluar panjang kemas menutup aurat.

Alamat:14, Jalan Buckingham, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

 PENANG ESCAPE THEME PARK

Tempat Menarik Di Penang - Escape
Tempat menarik di Penang pertama saya adalah Penang Escape Theme Park. Ia nya sebenarnya sebuah Adventure Park kerana disini anda akan melakukan aktiviti lasak. Penang Escape Theme Park adalah tempat kegemaran penggemar setia aktiviti lasak yang ingin menguji tahap ketahanan mental dan fizikal. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
Satu cara yang kreatif dan menyeronokkan untuk memupuk cinta aktiviti luar rumah, terutama di kalangan kanak-kanak, taman ini bermula pada tahun 2012 dengan tarikan yg menonjol seperti terjun jatuh bebas dari platform melompat 20 meter tinggi, gelongsor tiub dan hayunan tali pokok. Anda boleh rujuk di bawah ini untuk maklumat mengenai tempat ini.
Alamat:828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang
Masa Operasi:
Selasa – Ahad: 09:00am – 06:00pm

TAMAN REMPAH TROPIKA

Tempat Menarik Di Penang
Terletak di sepanjang pantai barat Pulau Pinang, pada perladangan getah eko-pelancongan yang ditinggalkan ini mempunyai tiga laluan hutan; Spice Trail, Ornamental Trail dan Jungle Trail-trek ini yang membawa anda lalu bahagian yang berbeza kompaun. Setiap ‘bilik ‘ mempunyai koleksi tumbuhan khas seperti rempah dan herba, tumbuhan akuatik dan flora hutan. Anda boleh memilih untuk meneroka taman anda sendiri kerana terdapat papan tanda timbul pengajaran mempamerkan nama-nama dan kegunaan setiap pokok untuk membimbing anda atau anda boleh mengambil bahagian dalam lawatan berpandu disediakan.
Selain itu, para tetamu (dan lebih penting lagi, kanak-kanak) juga boleh cuba masak masakan Malaysia tempat ini membuka sebuah sekolah masakan di mana hidangan yang dibuat menggunakan semua jenis herba dan rempah. Terletak di sebuah bangunan lapang yang dikelilingi oleh taman-taman rempah, menghadap ke Teluk Bahang, pusat itu menggunakan pendekatan hands-on untuk memasak, dimana anda akan mendapat untuk menyediakan makanan dari awal dalam bahagian kecil, kelas peribadi, menggunakan rempah dari taman-taman di sekeliling anda.
Alamat:Lone Crag Villa, Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11100 Penang
Masa Operasi:
Setiap Hari: 09:00am – 06:00pm
Telefon: +604 881 1797

PENANG STREET ART

Tempat Menarik Di Penang
Berjalan melalui jalan-jalan Georgetown bertambah sedikit lebih menarik, pada tahun 2012 Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengupah artis Lithuania, Ernest Zacharevic dan memberi nafas baru ke dalam beberapa rumah kedai yang beratmosfera Cina di sekitar dalam bandar. Usaha untuk melahirkan kesedaran sejarah yang kaya dengan lukisan sekitar jalan-jalan, projek itu merupakan satu kejayaan dengan Zacharevic beralih kawasan tertentu dan ianya berkembang maju menjadi destinasi pelancongan yang juga menjadi buah mulut yang menarik perhatian di kalangan penduduk tempatan dan menjadi tempat menarik di Penang. Hasil kerja beliau boleh dilihat di jalan-jalan seperti Muntri Street, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, Ah Quee Street dan banyak lagi.
Untuk melihat karya seni terbaik , saya mencadangkan berjalan-jalan petang melalui jalan raya Georgetown, bermula di Muntri Street dan berakhir di Weld Quay!

Wednesday, May 10, 2017

Sejarah Pulau Pinang




Sejarah Pulau Pinang berkait rapat dengan sejarah KedahPulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Prince of Wales Island sebagai penghormatan kepada Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.
Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Francis Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British.[1] Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 guilders Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 guilders kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.
Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.
Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.
Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

 Dipetik dari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Pulau_Pinang