Rojak Pasembor
Andai orang barat terkenal dengan hidangan salad, hidangan seakan ‘gado-gado’ ini tidak kurang hebatnya. Secara lazimnya, hidangan pasembor (juga dikenali sebagai pasembur atau ‘pasemboq’) disajikan dengan cucur udang rangup, telur, hirisan timun, sengkuang dan beberapa lagi aksesori lain seperti sosej, sotong goreng dan ketam berempah bersama kuah kacang. Hidangan ini mudah didapati di Persiaran Gurney, Padang Kota Lama dan tapak penjaja sekitar Jelutong.
Nasi Kandar
Sebut sahaja nasi kandar, E.L.F percaya pasti ada pembaca yang ketika ini sedang ‘meneguk air liur’. Perkataan ‘kandar’ sebanarnya diambil daripada amalan tradisi penjaja nasi dahulu kala yang mengandar periuk nasi dan lauk pauk pada sebatang kayu yang dibawa untuk dijual kepada pelanggannya. Memang tidak dinafikan, nasi kandar di Pulau Pinang sememangnya lebih ‘original’ dan sedap rasanya. Malah, ada yang kata nasi kandar boleh menyebabkan ketagihan dek kerana nasi, ayam goreng atau kuah kari kepala ikan yang enak.Restoran Nasi Kandar Pilihan E.LF
(1) Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park
(2) Nasi Kandar Hameediyah
(3) Nasi Kandar Beratur (Liyaqat Ali)
(4) Nasi Kandar Kampung Melayu
(5) Nasi Kandar Kayu Original Bukit Jambul
Char Kuey Teow
Namun, seperti masakan tomyam, teknik memasak dan kuantiti bahan-bahan yang bakal memberikan identiti yang tersendiri pada hidangan ini. Antara yang famous di sana, Adam Char Koey Teow Permatang Pauh, Char Koey Teow Sungai Dua dan Mady Char Koey Teow Batu Feringghi.
Dikatakan, resipi asal hidangan Char Kuey Teow diperolehi dari tukang masak kaum Tiong Hua dari keturunan Hokien sekitar tahun 80-an. Kemudian, ianya mula diperkenalkan kepada masyarakat tempatan serta pelancong di Pulau Pinang.
Murtabak
Roti Canai
Selain nasi kandar, coti canai jufa menjadi menu utama di kedai mamak pada pagi hari.Roti canai juga kian hari telah menjadi satu kewajiban bagi golongan bujang yang belum berkahwin untuk bersarapan.Terdapat berbagai kuah yang boleh didapati di dalam setiap pesanan.Antara kuah roti canai yang menjadi kegilaan ramai ialah kuah dalcha , kuah kari , kuah kari daging.Selain dari kuah berasaskan rempah ratus, roti canai juga boleh di cicah dengan susu tin pekat,walaubagaimanapun kuah roti canai tersebut ia tetap menjadi pilihan seisi keluarga.
No comments:
Post a Comment